3P = persahabatan, peperiksaan & percutian

selama 4 tahun kita di bumi jelapang padi....suka duka, pahit manis, sakit perit telah kita lalui...sedar x sedar hanya tinggal 3 semester untuk kita lalui...semester 5 hampir melabuhkan tirainya....cuti mula menerjah, pejam celik, panggilan sekolah melambai-lambai....praktikum kali ke 2 memberi senyuman. pengalaman praktikum pertama harus digunakan sebaiknya...
peperiksaan telah melabuhkan tirainya dan kini cuti kian hampiri...semoga kita semua pandai2 jaga diri..... ''selamat bercuti'' =)




switch on the exam mode eberibodi!


exam dah nak mari. siapa ada soklan spot mari lah kongsi?

GOOD LUCK 


SEMUA SAKITKAN


 OTAK! :D

SELAMAT HARI GURU BUAT SAHABAT SEMUA!

BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



USMAN AWANG

1979

HAPPY BIRTHDAY!

WE would like to wish a


HAPPY BIRTHDAY 


to 


SHAIDATUL HUDA RADUAN

semoga dipanjangkan umur
dimurahkan rezeki
cepat-cepat jadi orang kaya UNSTOPPABLE :)
lagi cepat kawen dgn cik abg tercinta! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...