sem baru, semangat baru!


hello kawan-kawan!


sedar tak sedar cuti kita dah habis kan? sedar tak sedar jugak kita bakal menghadapi praktikum utk kali kedua dan sedar tak sedar dah hampir 4 tahun kita bersama di negeri kedah tercinta ini. lagi setahun setengah je kita bakal menjadi guru yang sebenar kan? time flies so fast & there is too much memories we had been shared together. semakin hari aku rasa kita semakin rapat. dan semakin hari juga aku rasa kita semakin jauh utk berpisah.. hmm.. apape pun, aku just nak WELCOME BACK to all of you.. hope sem yang baru ini dapat memberi semangat yg baru kepada kita, menjadikan kita semakin matang dalam hidup, tahu mana yg baik dan mana yg buruk, dapat membantu kita utk mendapat kehidupan yg lebih berkualiti. 

aku juga ini mengucapkan GOOD LUCK & ALL THE BEST kepada sahabat2 semua utk menjalani praktikum esok & lusa ni! hope semua dapat menjalani praktikum dgn baik & yg pasti siapa la akan di-rentas kali ini? hehehe... 

namun, di sebalik kegembiraan yg pernah kita lalui, aku juga ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan takziah kepada sahabat kita sue norddin & toyip yip yang telah kehilangan ayahanda tersayang mereka pada cuti lalu.. sedekahkah lah Al-fatihah & semoga roh ditempatkan di kalangan org2 beriman... 



lastly, jaga diri ye semua.. 2 bulan praktikum bakal menjauhkan kita kawan-kawan.. tapi tak ape, jauh di mata dekat di hati selalu kan... 

ASSALAMUALAIKUM..

3P = persahabatan, peperiksaan & percutian

selama 4 tahun kita di bumi jelapang padi....suka duka, pahit manis, sakit perit telah kita lalui...sedar x sedar hanya tinggal 3 semester untuk kita lalui...semester 5 hampir melabuhkan tirainya....cuti mula menerjah, pejam celik, panggilan sekolah melambai-lambai....praktikum kali ke 2 memberi senyuman. pengalaman praktikum pertama harus digunakan sebaiknya...
peperiksaan telah melabuhkan tirainya dan kini cuti kian hampiri...semoga kita semua pandai2 jaga diri..... ''selamat bercuti'' =)




switch on the exam mode eberibodi!


exam dah nak mari. siapa ada soklan spot mari lah kongsi?

GOOD LUCK 


SEMUA SAKITKAN


 OTAK! :D

SELAMAT HARI GURU BUAT SAHABAT SEMUA!

BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



USMAN AWANG

1979
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...